Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Tuesday, October 27, 2009

Bajet 2010

Posted by Persatuan Mahasiswa Selangor

Petaling Jaya, 27 Oktober 2009 - Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) hari ini membuat kenyataan berkenaan bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia, Datu Seri Najib Tun Abdul Razak di Parlimen Malaysia. Menurut presidennya, saudara Rasydan Sabri, “bajet pada kali ini dilihat baik walaupun masih terdapat kekurangan-kekurangan tertentu. Di pihak PERMASIS berharap pihak kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berharap segala bentuk bantuan sampai kepada golongan yang sepatutnya tanpa ada unsur rasuah kerana segala kewangan datangnya dari sumber-sumber Negara.

Bercakap berkenaan kekurangan-kekurangan yang timbul dalam pembentang bajet 2010, menurutnya kerajaan seharusnya menumpukan pembangunan modal insan yang pada hari ini dilihat sangat bermasalah. “Apa guna pembangunan materialistik sedangkan rakyat masih berada di takuk lama dan masalah sosial semakin berleluasa”. Tambahnya lagi.

Menurut pengarah penyelidikan dan pemikiran strategik PERMASIS, saudara Aizat Salleh ketika dihubungi berkata, “bajet kali ini dilihat banyak tertumpu kepada golongan atasan dan kurang menumpukan penekanan kepada modal insan, berbeza dengan zaman Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Badawi)”. Saudara Aizat turut menyokong bajet yang dibentangkan berkenaan PTPTN yang ditukarkan kepada biasiswa untuk graduan kelas pertama kerana ini akan mewujudkan persaingan akademik dan meritokrasi. Katanya.

Bajet 2010 pada kali ini dilihat sangat progesif kerana kebanyakan permasalahan rakyat diambil kira termasuk penduduk luar bandar dan penduduk bandar yang mengalami masalah kos sara hidup yang tinggi. Untuk golongan mahasiswa pula, kerajaan akan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau crème de la crème berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia, serta menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010 selain bantuan-bantuan lain.

0 comments:

Post a Comment