Petaling Jaya, 25 Oktober 2009 - Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membuat kenyataan untuk menyokong sepenunya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tindakan beliau untuk mengadakan muktamar khas untuk memecat sebahagian pemimpin dalam PAS termasuk Datuk Dr Hasan Ali. ‘ Pemimpin-pemimpin ini saya lihat sangat masih terikut-ikut jejak pemimpin-pemimpin UMNO yang mengamalkan pemikiran politik sempit. Ini (politik melayu islam) tidak harus berlaku dan ia mencemarkan islam secara tidak sedar. Kata Presiden Permasis, saudara Mohamad Rasydan.
Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan islam tidak harus dijadikan perjuangan bangsa melayu semata-mata tetapi turut mengiktiraf bangsa-bangsa lain yang beragama islam malahan kepada semua bangsa sekalipun.
“Tindakan beliau (Nik Aziz) merupakan tindakan yang bijak dalam menangani isu tersebut. Ini bakal mengakhirkan konflik dan kontroversi dalam PAS dan kerajaan negeri Selangor secara serta merta. Tambah Rasydan lagi.
Dalam masa yang sama, PERMASIS berpendapat Hasan Ali seharusnya berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat dinegeri Selangor kerana kerajaan pakatan rakyat Selangor yang hanya memberi kuasa sepenuhnya tanpa halangan kepada PAS untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di negeri Selangor.
Perkara ini seharusnya dilihat secara serius kerana ia melibatkan dasar perjuangan parti dan lebih penting ia menggambarkan identiti islam itu sendiri
Maklumat
- Persatuan Mahasiswa Selangor
- Merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan bagi menghimpunkan mahasiswa Selangor. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada editorpermasis@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment