Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, October 18, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN

Posted by Persatuan Mahasiswa Selangor


Mohamad Rasydan B Mohamad Sabri


Assalamualaikum w.b.t






Golongan pemuda merupakan golongan keramat dan menjadi tulang belakang kepada pentadbiran sesebuah Negara dalam membentuk tamadun yang unggul. Golongan muda juga merupakan golongan yang sentiasa mencintakan kebebasan, keadilan, kemajuan dan kejayaan Negara untuk masa hadapan. Kebebasan, keadilan, kemajuan dann kejayaan ini harus dipandu dengan bersama untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Platform PERMASIS seharusnya digunakan sebaik-baiknya dalam mencorak kehidupan negeri dan negara pada masa akan datang. Harus diingat, pemuda hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang, baik memimpin diri sendiri, memimpin keluarga, masyarakat ataupun negara. Atas dasar ini, menjadi tanggungjawab setiap golongan pemuda tidak kira latar belakang mana sekalipun perlu memainkan peranan mencorak masa depan mereka tersendiri. Janganlah biarkan orang lain yang mencorakkan diri kita tanpa kita berbuat apa-apa. Siapa tahu nasib kita kemudian hari; baik atau buruk.

Keadaan Negara pada hari ini dilihat semakin ‘complicated’ dan kita bakal menghadapi kehidupan yang lebih mencabar. Siapa tahu, negara aman yang kita nikmati ini bakal menghadapi saat-saat yang getir pada masa hadapan. Siapa tahu, udara yang segar yang kita hirup pada hari ini tidak dapat lagi dirasai oleh generasi-generasi yang seterusnya. Siapa sedar kekayaan negara yang kita rasai pada masa ini tidak dapat lagi kita menjamahnya untuk masa akan datang dan siapa fikir islam yang kita anuti pada saat ini bakal hancur ditangan musuh-musuh islam yang sentiasa berusaha meruntuhkannya atau kita sama-sama bangunkan semula tamadun yang jauh lebih baik dari hari ini.

Menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk sama-sama membangunkan negara, untuk kita buktikan kepada seluruh umat manusia bahawa peranan kita sebagai golongan muda tidak harus disishkan sama sekali. Sejarah telah membuktikan bahawa golongan muda sebenarnya merupakan golongan pendesak yang cukup hebat semata-mata untuk mencapai negara yang lebih baik. Bak kata sukarno ‘berikan aku sepuluh pemuda nescaya akan aku goncangkan dunia’. Kata-kata keramat seperti inilah yang menjadi igauan buruk dan trauma kepada setiap pemimpin yang banyak menyalahgunakan kuasa pentadbiran.

Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka (Sabda rasulullah s.a.w- Riwayat Baihaqi dari Anas ). Maka atas dasar ini, seharusnya kita sebagai golongan belia harus memainkan peranan kita sendiri dalam mencorakkan kehidupan negara yang lebih baik tanpa mengetepikan aspek-aspek agama. Generasi muda merupakan generasi yang suci dan bukan berjuang untuk kepentingan peribadi seperti kekayaan dan pangkat semata-mata.

As a young human and as a Muslim, we should play our important rules in giving the best attitude, shown the best behavior and must act as a muslim. Islam is not the raciest religion but Islam is the religion to protect human being and all religion in all aspects of life. There are so much responsibilities that should be faced by all the muslims and the most important is giving the better understanding to all peoples about Islam.

In Malaysia politics today, there are so many negative aspect should be avoid that would be disadvantages to religion and nation for the future. Bear in mind that Malaysia is also our country and we as the next leader of Malaysia should also contribute to all the base of our nation. All the negative aspect that faced by Malaysia today, should be solve in appropriate manner by all the politic parties in our nation. We as a new generation of Malaysia must given a right that we should get.

Besar harapan diperingkat PERMASIS ingin melihat perpaduan yang betul-betul jitu dapat dibentuk bukan hanya mementingkan diri sendiri dan organisasi sahaja bahkan dapat membentuk Malaysia yang lebih cemerlang. Kini PERMASIS kembali aktif dalam memperjuangkan hak-hak belia dan juga hak-hak rakyat keseluruhannya terutamanya dalam negeri Selangor ini. Sama-samlah kita memainkan peranan kita sendiri dalam mencorakkan kehidupan kita pada masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment