tag:blogger.com,1999:blog-34193705787511039262024-03-13T13:34:11.564-07:00PERMASIS : Persatuan Mahasiswa SelangorPERMASIShttp://www.blogger.com/profile/06836156839403767384noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-3419370578751103926.post-13127051086016371112012-01-05T09:55:00.000-08:002012-01-05T09:55:45.553-08:00PERMASIS : SELAMAT 'BERTEMPUR' WAHAI PEJUANG (MAHASISWA)Assalamualaikum wbh.

Salam Imtihan!

PERMASIS mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa Selangor di setiap kampus.

Usahakan sehabis baik, dan sentiasa meletakkan pergantungan kepadaNYA.

Deen's list + dean's list = OSEM student!

"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat"(Al-Mujadallah : 11)

Nur Ain Shaharudin

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)PERMASIShttp://www.blogger.com/profile/06836156839403767384noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3419370578751103926.post-35348882313459058022012-01-05T02:12:00.000-08:002012-01-05T02:12:47.512-08:00GAMIS : SOLAT HAJAT & PIDATO PERDANA

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ) mengajak rakan-rakan mahasiswa sekalian untuk sama-sama kita berhimpun untuk mengerjakan solat hajat secara berjemaah serta mendengar pidato perdana yang akan di langsungkan;

tarikh : 6 Januari 2012 ( Jumaat )

masa : 8.00 malam - 11.00 malam

tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj )

Ayuh, rakan-rakan. Turun beramai-ramai. Semoga Allah memberkati kita. Jazakallah~PERMASIShttp://www.blogger.com/profile/06836156839403767384noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3419370578751103926.post-69206817298144519562012-01-03T12:28:00.000-08:002012-01-03T12:28:00.320-08:002012 : Memacu Perubahan

Sesungguhnya segala puji dan puja hanyalah milik Allah s.w.t., pemilik sekalian alam. Tuhan yang mengurniakan segala nikmat yang paling tuntas, nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan, ar-Rasul S.A.W yang telah menunjukkan kepada kita keteladanan yang paling mulia melalui jalan dakwah Islamiyah, seorang tokoh perubahan yang mendobrak kegelapan dan kejahilan jahiliyyah, melakar sebuah ketamadunan, model terbaik buat pejuang, cerminan terbaik kepada ummah tercinta. Tidak lupa kepada para jundullah yang telah memahat lekukan sejarah dengan kubangan darah, lelehan keringat dan air mata untuk menyajikan dunia yang indah untuk kita nikmati.

Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan tercoretnya pelbagai lukisan sejarah untuk kita kenang kembali, untuk kita rujuk kembali, dan untuk kita muhasabah bersama. Membuka tirai 2012, tahun ini dengan Ekspedisi Dakwah GAMIS, sama seperti tahun lalu membuatkan saya tertarik untuk mengimbau kenangan yang sama pada tarikh yang sama pada tahun lalu. Sungguhpun hanya satu tahun sahaja jarak masa yang memisahkan antara kedua-dua peristiwa tersebut namun perubahan yang berlaku memberi gambaran betapa 2011 telah mengalami satu anjakan perubahan yang maha dahsyat. Pesta maksiat bersaiz mega dianjurkan tanpa sekelumit rasa dosa. Anak remaja terkinja-kinja. Ibu bapa juga turut serta memberi sokongan bersama. Hal ini saya kira bukan lagi persoalan rosaknya anak muda zaman kini tetapi lebih tepat jika saya katakan bahawa hancurnya umat diakhir zaman ini.

Tinjauan demi tinjauan dari tahun ke tahun dapat merumuskan satu hakikat, tanggungjawab para du'at amat berat. Perlunya suatu plan strategi dakwah yang amat rapi dan strategik perancangannya. Para du'at pula perlu mempersiapkan diri dengan ilmu di dada. Ilmu yang pelbagai, uslub dakwah yang kreatif dan lebih menjejak, pendekatan yang bersifat waqi'iyyah dan inklusif. Dengan proses pentarbiyyahan yang konstan serta dakwah yang berterusan merentas halangan, InsyaAllah, harapan untuk melihat satu perubahan sosial ke arah yang lebih baik kembali bersinar.

Bercakap soal perubahan, peralihan tahun dari 2011 ke 2012 merupakan satu simbolik kepada permulaan yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan. Tentunya simbolik ini hanya kekal sebagai simbolik turun-temurun sekiranya kita hanya berpeluk tubuh sahaja. Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidak mencukupi, ia perlu disusuli dengan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap perubahan yang ingin dilaksanakan. Maka, tidak dapat tidak selaku agen perubahan dan jurubicara rakyat, mahasiswa seharusnya mampu dalam membezakan antara yang haq dengan yang batil. Sekiranya di peringkat mahasiswa sendiri gagal dalam menghadam perbezaan asas ini, maka tidak hairanlah jika tahun hadapan persis kehancuran ummah yang berlaku pada masa kini. Apabila kerosakan ummah terus berleluasa, kebenaran terus diperkosa, dan yang kepalsuan terus disanjung mulia maka hasilnya lahirlah generasi yang tidak kenal agama dan akar budaya.

Akhir kalam, semoga pengalaman tahun lalu mampu menjadi perisai kepada kita untuk terus bersedia menongkah arus perubahan ke arah yang lebih baik. Besarlah harapan saya untuk melihat negara kita, Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun dalam erti kata sebenar. Kita tidak mendambakan pembangunan material yang menjadi modal untuk mendabik dada, tetapi kita mahukan pembangunan insaniah yang mampu mewujudkan sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur). Wallahu ta'ala a'lam.

"Mahasiswa Memacu Perubahan 2012 "

Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad

Setiausaha Agung PERMASIS

merangkap

Majlis Perwakilan Pelajar UKM
PERMASIShttp://www.blogger.com/profile/06836156839403767384noreply@blogger.com0